Microsoft Educator Community.

       Dunia pendidikan telah berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan canggih melangakaui abad ke 21.Melihat kepada fenomena moden pada hari ini ,Microsfoft Inc. tampil memperkenalkan Microsoft Educator Community yang bertujuan untuk menggunakan platform teknologi dalam bidang pendiidkan.Sesuai dengan hasrat pihak syarikat Microsoft.Inc yang mahu mencipta pengalaman mendalam,menyeluruh dan memberi inspirasi kepada pembelajaran sepanjang hayat, merangsang pembangunan kemahiran hidup yang penting dan menyokong pendidik dalam membimbing dan memupuk minat pelajar.Microsoft Inc. memberi kuasa kepada pelajar dan pendidik untuk membuat dan berkongsi dengan cara yang sama sekali baru, untuk mengajar dan belajar melalui penerokaan, untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran individu, supaya mereka boleh membuat, reka bentuk, mencipta dan membina dengan teknologi.

       Microsoft Community Educator ini mempunyai semua perisian microsoft office dalam online sama ada word,powerpoint,excel dan sebagainya.Ia juga mudah digunakan dan b oleh digunakan pada pelbagai gajet samada smartphone,tablet atau laptop.Anda hanya perlu daftar masuk menggunak akaun microsoft yang boleh di'synchronize'kan dengan akaun google anda.Ianya bersifat auto save pada setiap dokumen atau tugsan yang anda lakukan pada perisian tersebut.Jadi,ianya selamat dan memudahkan kepada pengguna.

       Terdapat juga sesi atau ruangan chat untuk berborak atau mengadakan sesi dua hala antara guru dan murid.Microsoft juga menyediakan ruanagan 'Skype' yang boleh digunakan untuk sesi pembelajaran jarak jauh.Anda tidak lagi perlu hadir ke kelas,hanya buka gajet anda dan bersemuka bersama guru atau anak murid anda di dlam ruangan 'skype' tersebut.Kita juga boleh berkongsi sesi perkongsian melalui community ini dengan meng'upload' hasil tugasan atau pengajaran kita dalam portal ini.Kita boleh berkongsi hasil tersebut dengan semua orang yang berdaftar menngunakan perisian ini.

       Microsoft Community Educator sesuai digunakan dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya buat para pendidik dan pelajar agar dapat memaksimumkan penggunan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran .

Sekian . 

#Inspire #KnowledgeReformation






Comments

Popular posts from this blog

Gagne Nine Step Instruction

Lesson Plan

Introduction to Sway