Introduction to Sway

Pelbagai cara yang kita boleh melakukan untuk membuat pembentangan yang agak menarik, namun biasanya, pembentangan yang menggunakan powerpoint agak membosankan. Dan nampaknya, Microsoft juga sudah menyedari perkara ini. 

Kali ini, Microsoft melancarkan sebuah tool baru untuk membuat pembentangan tugasan sekolah atau pembentangan kerja menjadi lebih menarik untuk dilihat.
Sway, yang Microsoft sebutkan sebagai tool untuk menceritakan sebuah cerita, kini telah menjadi sebahagian dari Office. Sway tersedia sebagai aplikasi untuk Windows 10 bagi siapa pun yang memiliki akaun Microsoft.Aplikasi ini baik untuk pendidikan mahupun dalam bidang pekerjaan.

Meskipun sekarang ini telah ada banyak tool yang berfungsi untuk membuat pembentangan yang menarik, seperti Prezi dan Haiku, tetapi Sway memiliki engine yang akan memudahkan Anda untuk memasukkan berbagai kandungan,bermula dari video YouTube, gambar, tweet dan berbagai lagi kandungan multimedia lainnya.Dan yang menariknya, Sway akan menyusun semua kandungan tersebut untuk anda !

Disebabkan Sway juga dapat terus berhubung dengan cloud, para penggunanya dapat memilih gambar atau video yang tersimpan pada cloud anda. Sway secara automatik akan melakukan format ulang pembentangan anda di saat anda melihatnya di tablet, laptop atau PC. Ia dilengkapi dengan berbagai filtur yang memungkinkan anda untuk berkongsi dengan orang lain untuk membuat projek Sway ini.

Microsoft berkata, Sway dibuat untuk melengkapkan pelbagai tool yang lain seperti PowerPoint dan bukan untuk menggantikannya. Tetapi jika anda melihat contoh yang sedia ada, anda akan mendapati Sway dapat membuat pembentangan anda jauh lebih menarik.

Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran,sememangnya Sway tampil membuat perubahan baru untuk memudahkan para pendidik melakukan pembentangan tugasan atau pemngajaran kepada murid.Ini membolehkan murid dapat meneroka dunia IT dengan lebih luas dan dapat dimanfaatkan dengan lebih baik lagi.;

Comments

Popular posts from this blog

Gagne Nine Step Instruction

Lesson Plan