E Learning

E Learning sebenarnya merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis komputer dan media elektronik, beberapa alat komunikasi dan juga Internet untuk menyediakan latihan dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar boleh menghadiri kelas-kelas dalam talian ini pada bila-bila masa samada siang atau malam.Mereka boleh mengambil bahagian dalam kelas yang dianjurkan oleh pengajar di mana terdapat soalan interaktif dengan pelajar-pelajar lain. Mereka juga boleh menggunakannya mengikut masa mereka sendiri. Secara umumnya, E Learning  ini lebih bersifat latihan kendiri dan ia sangat fleksibel bagi mereka yang bekerja sepenuh masa tetapi mahu melanjutkan pelajaran.

Antara kelebihan yang dapat dimaanfatkan oleh pelajar melalui E Learning ialah :-

  • Kos yang rendah – Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupun berada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas talian. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah.
  • Kemas Kini Dengan Lebih Cepat – Pelajar yang menghadiri ePembelajaran mempunyai kelebihan yakni maklumat sentiasa dikemas kini dengan lebih kerap berbanding kelas biasa. Hal ini adalah kerana bahan bagi kelas biasa, bahan kursus perlu dikemaskini dan pengajar perlu dilatih mengenai proses/prosedur/teknologi yang mana akan memakan masa yang agak lama.
  • Keberkesanan – Bagi sesetengah pelajar, ePembelajaran adalah jauh lebih berkesan kerana mereka boleh menghadiri kelas pada waktu mereka sendiri tanpa perlu terikat dengan jadual waktu yang ketat. Sebahagian daripada kita percaya bahawa kelas seperti ini berkesan untuk satu jangka masa yang panjang dan pelajar dapat menyimpan maklumat dengan lebih lama. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kajian jangka panjang yang dilengkapi dengan data membuktikan bahawa pelajar menyimpan sesuatu maklumat itu lebih lama atau lebih baik pada waktu peperiksaan.
  • Kelas yang lebih Pendek – Secara umumnya, kelas IBT lebih pendek berbanding kelas biasa kerana pelajar boleh menghabiskan satu modul dalam satu-satu kelas dan pada waktu yang ditetapkan mereka sendiri. Apabila mereka sudah menghabiskan satu modul dalam satu jam, mereka boleh bergerak ke modul seterusnya. Dengan ini kelas kelihatan mudah dan lebih pendek.
  • Mengurangkan kos bahan kursus – Bagi sesetengah kelas latihan, persekitaran tertentu perlu diwujudkan. Misalnya memuwujudkan Bilik Operasi, makmal uji kaji. Walaubagaimanapun, dalam kursus audio/visual, semua kemudahan ini tidak diperlukan. Persekitaran dalam talian membenarkan pelajar untuk “melihat” dan mendengar bagaimana sesuatu prosedur/proses itu berlangsung tanpa perlu meninggalkan rumah atau pejabat.
  • Kursus yang Seragam – Walaupun setiap tenaga pengajar dilatih untuk membentangkan bahan dengan baik, namun setiap pengajar pasti mempunyai cara yang berbeza dalam pembentangan masing-masing (ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang tidak begitu baik). 
  • Kaedah yang Tiada Had – Terdapat banyak cara bagaimana bahan kursus yang berbeza boleh dibentangkan kepada pelajar dengan pelbagai teknik pembelajaran elektronik. Dengan menggunakan audio, video, grafik dan animasi, adalah lebih mudah untuk mendapatkan beberapa komponen kepada para pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

Gagne Nine Step Instruction

Lesson Plan

Introduction to Sway