E Learning
E Learning sebenarnya merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis komputer dan media elektronik, beberapa alat komunikasi dan juga Internet untuk menyediakan latihan dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar boleh menghadiri kelas-kelas dalam talian ini pada bila-bila masa samada siang atau malam.Mereka boleh mengambil bahagian dalam kelas yang dianjurkan oleh pengajar di mana terdapat soalan interaktif dengan pelajar-pelajar lain. Mereka juga boleh menggunakannya mengikut masa mereka sendiri. Secara umumnya, E Learning ini lebih bersifat latihan kendiri dan ia sangat fleksibel bagi mereka yang bekerja sepenuh masa tetapi mahu melanjutkan pelajaran. Antara kelebihan yang dapat dimaanfatkan oleh pelajar melalui E Learning ialah :- Kos yang rendah – Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupun berada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas talian. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah. Kemas Kin...