Posts

Showing posts from 2017

E Learning

E Learning sebenarnya merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan pelbagai jenis komputer dan media elektronik, beberapa alat komunikasi dan juga Internet untuk menyediakan latihan dalam mata pelajaran tertentu. Pelajar boleh menghadiri kelas-kelas dalam talian ini pada bila-bila masa samada siang atau malam.Mereka boleh mengambil bahagian dalam kelas yang dianjurkan oleh pengajar di mana terdapat soalan interaktif dengan pelajar-pelajar lain. Mereka juga boleh menggunakannya mengikut masa mereka sendiri. Secara umumnya, E Learning  ini lebih bersifat latihan kendiri dan ia sangat fleksibel bagi mereka yang bekerja sepenuh masa tetapi mahu melanjutkan pelajaran. Antara kelebihan yang dapat dimaanfatkan oleh pelajar melalui E Learning ialah :- Kos yang rendah – Pelajar tidak perlu pergi ke kelas, mencari penginapan ataupun berada jauh dari pekerjaan mereka apabila menghadiri kelas atas talian. Kelas ini juga kurang mahal berbanding belajar di dalam bilik darjah. Kemas Kin...

Search Engines

Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang ‘search’ yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari. Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil ‘spiders’. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi? Apabila program spider m...

Web Tools

 Web tools merupakan komponen-komponen yang digabungkan dalam satu portal untuk memudahkan kita membuat pencarian atau memudahkan pekerjaan kita.Konsep 'module mobile' ini diperkenalkan kepada para pendidik dan pelajar untuk memudahkan dalam konsep pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat memeberi kelebihan yang pelbagai dalam melaksanakan pengajaran bagi pendidik dan juga memudahkan para pelajar untuk membuat tugasan yang diberi.Selain itu, pelajr dapat menyesuaikan diri dengan teknologi kini dalam mendepani arus modenisasi dalam bidang pendidikan.  Terdapat beberapa 'tools' yang boleh kita lihat dalam portal tersebut.Antaranya :- Social networking tools - ini merupakan beberapa alat untuk menjaringkan hubungan di media sosial seperti Facebook,twitter,instagram dan sebagainya. Sharing tools- berfungsi untuk menyebarkan atau berkonngsi sesuat maklumat sama ada dalam bentuk video,dokumen,gambar dan sebagainya.Antaranya alat yang boleh digunakan adalah Flickr...

Introduction to Sway

Pelbagai cara yang kita boleh melakukan untuk membuat pembentangan yang agak menarik , namun biasanya, pembentangan yang menggunakan powerpoint agak membosankan. Dan nampaknya, Microsoft juga sudah menyedari perkara ini.  Kali ini, Microsoft melancarkan sebuah  tool  baru untuk membuat pembentangan tugasan sekolah atau pembentangan kerja menjadi lebih menarik untuk dilihat. Sway, yang Microsoft sebutkan sebagai  tool  untuk menceritakan sebuah cerita, kini telah menjadi sebahagian dari Office. Sway tersedia sebagai aplikasi untuk Windows 10 bagi siapa pun yang memiliki akaun Microsoft.Aplikasi ini baik untuk pendidikan mahupun dalam bidang pekerjaan. Meskipun sekarang ini telah ada banyak  tool  yang berfungsi untuk membuat pembentangan yang menarik, seperti Prezi dan Haiku, tetapi Sway memiliki  engine  yang akan memudahkan Anda untuk memasukkan berbagai kandungan,bermula dari video YouTube, gambar, tweet dan berbagai lagi kandungan mul...

Lesson Plan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah satu rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran.Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:  • Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam • Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai • Merancang pengajarannya • Menentukan strategi P&P • Menyediakan bahan bantu pengajaran • Menyediakan penilaian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RPH biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu :-   peringkat perancangan sebelum pengajaran peringkat perlaksanaan pengajaran   peringkat penilaian. Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseora...

Gagne Nine Step Instruction

Teori belajar  nine instructional events  Robert. M. Gagne ini  dapat membantu para guru untuk memahami proses belajar yang terjadi di dalam diri para pelajar sehingga guru dapat mempengaruhi dan memperlancar proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Kaedah pembelajaran (instructional events) menurut Gagne merupakan kaedah dengan urutan sebagai berikut:    Gaining Attention ; iaitu upaya atau cara untuk meraih perhatian siswa,   Informing learner of the objectives ; memberitahukan siswa tujuan pembelajaran yang akan mereka capai/peroleh,    Stimulating Recall of Prior Learning ; guru biasa menyebutnya dengan persepsi, iaitu merangsang pelajar untuk mengingat pelajaran yang berkait sebelumnya dan menghubungkan dengan apa yang akan dipelajari berikutnya.  Presenting Stimulus ; setelah itu mulailah dengan menerangkan stimuli,  Providing Learning Guidance ; berikan bimbingan belajar,  Eliciting Performance ; tingkatka...

Microsoft Educator Community.

       Dunia pendidikan telah berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi terkini dan canggih melangakaui abad ke 21.Melihat kepada fenomena moden pada hari ini ,Microsfoft Inc. tampil memperkenalkan Microsoft Educator Community yang bertujuan untuk menggunakan platform teknologi dalam bidang pendiidkan.Sesuai dengan hasrat pihak syarikat Microsoft.Inc yang mahu mencipta pengalaman mendalam,menyeluruh dan memberi inspirasi kepada pembelajaran sepanjang hayat, merangsang pembangunan kemahiran hidup yang penting dan menyokong pendidik dalam membimbing dan memupuk minat pelajar.Microsoft Inc. memberi kuasa kepada pelajar dan pendidik untuk membuat dan berkongsi dengan cara yang sama sekali baru, untuk mengajar dan belajar melalui penerokaan, untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pembelajaran individu, supaya mereka boleh membuat, reka bentuk, mencipta dan membina dengan teknologi.        Microsoft Community Educator ini mempunyai s...